Friday, January 30, 2009

Senaman dan Beriadah

Bersenam dan beriadah bukan sahaja menyihatkan tubuh anda secara menyeluruh tetapi ia nya juga dapat menguatkan
serta menambahkan jisim tulang anda. Senaman yang dibuat perlu diteruskan selama sekurang-kurangnya 30 hingga 45
minit. Senaman harus dilakukan selepas memanaskan badan dan diakhiri dengan fasa penyejukkan badan.
Memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersenam dan menyejukkan badan anda selepas bersenam akan
mengurangkan komplikasi yang bersangkut paut dengan kecederaan otot-otot anda. Pastikan juga anda memakai
pakaian yang sesuai dan memakai kasut sukan semasa bersenam. Jangan lupa juga untuk memastikan keadaan tempat
senaman anda selamat, rata, tidak licin dan cukup ventilasinya. Kegiatan riadah boleh juga dilakukan dalam keadaan
duduk atau pun berbaring. Jika anda baru sahaja habis makan, jangan bersenam dahulu, tunggu la selepas sekurangkurangnya
dua jam selepas makan. Jika anda berpenyakit, pilihlah senaman yang bersesuaian dengan kesihatan anda.
Mintalah nasihat seorang pakar seperti doktor peribadi anda. Senaman boleh juga dibahagikan kepada tiga jenis seperti
senaman regangan, aerobik dan rintangan. Senaman regangan adalah senaman seperti meregangkan leher kepala
anda dengan mengiringkan kepala anda buat seberapa saat ke kanan dan ke kiri. Meregangkan bahu pula adalah
dengan menarik tangan kanan anda ke arah kiri sambil tangan kiri berada di bawah siku kanan. Selain itu, senaman
regangan juga termasuk meregangkan betis dan paha anda. Aerobik pula adalah lebih cergas dan agresif sifatnya.
Senaman aerobik ini bolehlah dikategorikan seperti berbasikal, berjalan, berjoging, berenang dan menari. Sementara itu
senaman rintangan pula bertujuan menguatkan anggota-anggota tertentu anda seperti duduk di kerusi sambil
mengangkat kaki ke paras kerusi atau pun mengangkat dumbel, seperti sukan mengangkat berat. Sebelum memulakan
setiap senaman, anda mestilah memulakankannya secara berperingkat-peringkat mengikut turutan yang betul dan
disertakan dengan aktiviti regangan bagi mengelak kecederaan otot dan sendi anda. Senaman juga boleh menolong kita
mengurangkan ataupun mengawal berat badan. Senaman-senaman ini juga akan dan boleh membantu anda membakar
kalori berlebihan. Jika tidak dibakar, kalori ini akan disimpan di dalam tubuh anda sebagai lemak. Senaman seperti
berenang adalah senaman yang ideal. Senaman di dalam air (berenang, berjalan-jalan di dalam air) mengurangkan
beban yang berlebihan terhadap sendi-sendi badan. Senaman yang sesuai dalam meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda
dan juga agar tidak berlaku masalah kesihatan anda adalah seperti : berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga dan
bersenam aerobik. Senaman begini dapat membantu mengelakkan penyakit-penyakit kronik dan membantu masalah
kesihatan dengan lebih baik. Tetapi, anda harus juga ingat, senaman akan menjadi cepat bosan jika anda berada di
tempat yang salah, latihan yg salah dan jika ianya tidak menampak dan mendatangkan efek yang cepat. Jadi kesabaran
itu juga adalah penting bila bersenam. Bersenam juga dapat membantu menguatkan otot jantung, meningkatkan
kecekapan dan mengurangkan beban kerja jantung. Senaman berjalan baik untuk jantung dan perjalanan darah dalam
badan. Dengan bersenam secara sederhana juga akan dapat membantu anda mengurangkan selera pemakanan anda
dan menggembalikan berat badan anda dengan menurunkannya ke paras yang seperti biasa dan normal. Senaman
seperti berbasikal, berjalan dengan laju, aktiviti bersukan seperti badminton, berenang, aerobik dan sebagainya adalah
diantara contoh-contoh aktiviti yang menyihatkan. Bersenam juga adalah merupakan aspek yang penting dalam rawatan
serta kawalan penyakit kencing manis, kolesterol dan darah tinggi. Bagi pesakit kencing manis, bersenam bukan saja
dapat menyihatkan, menjaga berat badan dan melancarkan aliran darah, tetapi yang lebih penting dan utama sekali
ialah ianya berkebolehan meningkatkan kadar penyerapan insulin dalam tubuh anda sambil mengawal paras gula dalam
darah anda. Bersenam boleh juga menjauhkan osteoporosis setelah anda mengambil kalsium secukupnya untuk
keperluan tubuh, tidak merokok dan tidak mengambil minuman ringan. Dengan bersenam sahaja anda dapat
mengurangkan kesakitan, meningkatkan fleksibeliti dan menguatkan otot. Ia juga dapat menggalakkan aliran darah
supaya bekalan nutrien pada otot mencukupi. Para ibu juga digalakkan bersenam untuk mendapatkan kembali bentuk
tubuh badan yang ramping dan menjadikan mereka lebih cergas. Bersenamlah bersama ahli keluarga, sahabat handai
atau rakan sekerja. Lakukan lah senaman dengan betul dan kerap, kerana senaman yg betul akan dapat mengelakkan
kecederaan. Mulakan secara perlahan-lahan, kemudiannya tingkatkan sedikit demi sedikit. Senaman yang
menyeronokan akan memotivasikan kita untuk menjadikan nya amalan hidup kita seharian.

No comments: